Sunday 23 October 2011

tips supaya tidak lupa ..

1. Praktiskan ke semua langkah, dan lakukan sekarang! Kita mungkin menjadi lebih berpengetahuan selepas membaca buku tersebut, tetapi ia tidak dapat mengubah apa-apa pada diri jika tidak dilaksanakan. Rencanakan langkah yang perlu diambil seterusnya.
2.Cari kesamaan cerita dalam buku dengan cerita kehidupan kita. Bila kita rasa ada kesamaan cerita di dalam buku tersebut dengan kehidupan kita, maka lebih mudah kita mengingati kandungannya.
3. Jika dibaca, kita memperoleh pengetahuan. Tetapi bila kita amalkan, akan berlaku perubahan. Pengetahuan semata tidak menjamin perubahan.
4. Ulangi poin penting didalam buku. Buat catatan di tepi atau letakkan post-in stiker di halaman buku yang penting. Ini memudahkan kita mencari poin penting dalam buku sebagai rujukan.
5.  Membaca dengan niat untuk menuntut ilmu. Mulakan dengan Basmallah. Itu satu ibadah. Ibadah akan diberi ganjaran pahala. Sekurang-kurangnya pahala telah tersedia.
6. Catatkan kata-kata mutiara. Walaupun ini bukan intipati buku tetapi ia memberi inspirasi.
7. Beri ulasan mengenai buku tersebut. Ulas mengikut kefahaman dan letakkan ulasan anda sebagai nota dan kongsikan dengan rakan anda. Lihat apa pandangan mereka terhadap ulasan anda. Gunakan Facebook untuk berdiskusi.

selamat mencuba ! :))

No comments:

Post a Comment